Di Taman Tasik, Shah Alam.
"Wana, kau betul ke nak sambung belajar dekat luar negara tu?"tanya seorang gadis bercermin mata.
Hai, nama aku Mia Darlisya. Umur 20 tahun dan masih single. Yg ni kawan baik aku dari sekolah menegah. Nama dia Nurin Syazwana. Semua orang panggil dia Wana je.
"Betullah. Asal? Kau tak bagi ke?"tanya Syazwana.
"Tak lah. Habis tu pakwe kau bagi ke?"tanya Mia.
"Hmm...aku tak bagi tahu dia lagi"kata Syazwana.
"Asal?"tanya Mia.
"Entahlah."kata Syazwana.
Mereka diam...Tak ada sepatah pun perkataan yang terkeluar dari mulut mereka berdua.
"Mia."panggil Syazwana memecah kesunyian.
"hmm.."balas Mia
"Kau boleh tunaikan tak permintaan terakhir aku sebelum aku gi sambung belajar?"tanya Syazwana
"In sha Allah, apa dia?"tanya Mia.
"Kau tolong jagakan dia untuk aku"kata Syazwana.
"Dia? Siapa?"tanya Mia.
"Is"balas Syazwana.
"Huh? Tak nak aku."kata Mia
"Please!"kata Syazwana. Mukanya seperti meminta simpati.
"Hmm...tengoklah dulu"kata Mia.
Balik je daripada tu, Mia masuk ke dalam biliknya.
Dia merebahkan diri di atas katil lalu mengeluh.
Dia teringat kata-kata Wana tadi.
"Muhammmad Iskandar Haikel."sebut Mia. Tiba-tiba adik kepada Mia iaitu Mira Danisya masuk ke dalam bilik.
"Woi! Ibu panggil makan"kata Mira.
"Yelah, kejap lagi aku turun"kata Mia.
"Jangan lambat"kata Mira.
"Ye!"balas Mia, malas.
Mira pun menutup pintu. Mia pun bangun dari baring lalu mengambil tuala utuk mandi. Dia pun masuk ke dalam bilik air.
Habis makan, Mia lepak di beranda bilik tidurnya.
Tiba-tiba Mia teringat kejadian yang berlaku semasa dia di tingkatan 5.
*Flashback*
Mia melayari internet. Dia membuka FBnya.
"Dia tengah online lah" kata Mia bila melihat nama Is Haikel di kotak chat.
"Nak tegur ke tak nak..hmmm...tegur ah"kata Mia.
#salam, buat apa tu?
#wsalam x buat pape.
#hmm...Is kalaulah ada orang suka kau, kau terima tak?
Tidak dibalas~
Tidak lama kemuddian Is balas.
#enth.
Mia hanya termenung memandang screen komputernya.
Tiba-tiba lamunan Mia mati bila pintunya di ketuk.
"Sape?"tanya Mia
"Ni akak ni" kata satu suara gadis.
Yg ni kakak kepada Mia dan Mira iaitu Maya Dayana.
Mia pun bangun dan bukak kan pintu bilik.
"Ada apa kakak?"tanya Mia.
"Nah surat untuk kau" kata Maya.
"Surat? Daripada siapa?"tanya Mia, hairan.
"Entah"balas Maya.
"Hmm..k lah" kata Maya lagi lalu pergi masuk ke dalam biliknya. Sebenarnya Maya ni pelajar UITM kedah. Tapi dia balik cuti tu yg ada kat rumah. Beza umur Maya ngan Mia setahun. Beza umur Mia ngan Mira 3 tahun.
Mia pun tutup pintu biliknya. Dia duduk di atas katil. Surat tadi di bukanya. Mia membaca isi kandungan surat itu, matanya terbeliak besar.
"Ahhh!!!"jerit Mia, riang. Dia berasa bersyukur sangat pada Allah s.w.t pada saat ini.
"Mia! Kenapa jerit-jerit ni?"terdengar suara mak Mia di pintu bilik. Mia cepat-cepat buka pintu. Nampak je kelibat maknya, Mia terus memeluk maknya erat.
"Mak! Mia dapat masuk UITM shah alam."kata Mia riang.
Maknya pun membalas pelukan Mia erat.
Mia menceritakan kepada Wana dan Wana pun mengucap tahniah dan bergembira untuk rakannya.